KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) bagi meminta dibebaskan atau dibicarakan semula.
Peguam mewakili bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya itu memohon panel UNWGAD membabitkan lima pakar keadilan antarabangsa.
Petisyen tersebut dimohon antaranya berikutan Mahkamah Persekutuan, kata Muhammad Shafee, didakwa gagal memberi masa yang mencukupi dan peluang yang munasabah kepada pasukan pembelaan Najib untuk berhujah mengenai kes anak guamnya itu.
"Pada dasarnya, Najib dihantar ke penjara tanpa diberi peluang membela diri di Mahkamah Persekutuan.
"Beberapa hari terakhir untuk rayuan pada Ogos lalu membawa kepada 'keadilan tergesa-gesa' apabila peguam baharu dilantik tidak diberikan masa yang jelas untuk membaca berpuluh ribu muka dokumen rayuan atau untuk melihat 94 alasan rayuan difailkan peguam sebelum ini," katanya dalam sidang media yang disiar secara langsung di Facebook Najib Razak pada Khamis.
Muhammad Shafee menambah, UNWGAD akan meneliti rayuan sama ada perbicaraan melibatkan Najib dijalankan secara adil atau sebaliknya.
Jeas beliau, sekiranya ia didapati tidak adil, anak guamnya itu boleh memohon kepada kerajaan untuk membebaskan beliau atau memberi perbicaraan semula.
"Walaupun keputusan ini tidak menjejaskan secara langsung, ia amat memberi impak kerana Malaysia mempunyai ahli perundangan yang terkenal dan kini menjadi ahli kumpulan kerja terbabit," ujar Muhammad Shafee.
Dalam pada itu, Muhammad Shafee menjangkakan menerima maklum balas daripada UNWGAD, dalam beberapa bulan akan datang.
Ujarnya, semua dokumen berkaitan telah dihantar kepada UNWGAD.
Jika ia diproses, petisyen tersebut kemudian akan dihantar kepada Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar, jelas Muhammad Shafee.
Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Astro Awani
Thu Jan 05 2023
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (tengah) ketika sidang media di pejabatnya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, pada Khamis. - Gambar tangkap layar video Facebook Najib Razak
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Kes SRC: Najib fail petisyen kepada PBB, mohon bebas atau dibicara semula
UNWGAD akan meneliti rayuan sama ada perbicaraan melibatkan Najib dijalankan secara adil atau sebaliknya.